BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

Tuesday, March 16, 2010



'Kejayaan United lebih penting'

Secara jujur rekod jaringan Ronaldo bukan sasaran utama saya: Rooney


MANCHESTER: Wayne Rooney menegaskan membantu Manchester United menikmati kempen paling berjaya musim ini adalah lebih penting daripada mengejar rekod jaringan Cristiano Ronaldo berjumlah 42 gol semusim.

Rooney diminta mengisi kekosongan ditinggalkan penyerang Portugal itu selepas Ronaldo dipancing dengan harga 80 juta pound (RM448) oleh Real Madrid, tahun lalu. Dan penyerang England itu melakukan tugasnya dengan baik, menerusi larian kencang ke dalam kawasan gol lawan dan membantu menghidupkan peluang United dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah.

Bekas penyerang Everton itu mengumpul 24 gol dalam 22 perlawanan terakhirnya dan dua lagi gol ketika kemenangan 3-0 ke atas Fulham di Old Trafford menjadikan keseluruhannya kini kepada 32 gol.

“Secara jujur itu bukan sasaran dan saya juga tidak memburunya. Memang bagus dapat menjaringkan gol dan saya mahu melakukannya dalam setiap perlawanan tetapi apa dilakukan Cristiano itu memang sukar dipercayai.

“Tetapi saya adalah individu berbeza, pemain berbeza, jadi saya tidak membandingkan diri saya dengannya,” kata Rooney.”
United mendahului dua mata di puncak carta liga selepas kemenangan ke atas Fulham dan dengan Chelsea dan Arsenal juga menang Sabtu lalu, Rooney berpendapat tiga mata itu cukup penting.

Dia berkata: “Kami sedar ia adalah perlawanan yang penting dan kami perlu menang. Kami cukup yakin dan bermain dengan baik, kami ada tugas yang perlu dilaksanakan dan kami berjaya memikulnya.”

0 comments: